Pages

Tuesday, June 1, 2021

Penting Ke PSV ni?

 Pendidikan Seni, apa itu?

Eh tak penting pun!

Bukan nya masuk exam!

Nak jadi apa kalau pandai Pendidikan Seni?


Itulah ayat yang biasa didengar bukan?


Jadi hari ini, Sir Faz nak berkongsi sedikit tentang kepentingan Pendidikan Seni Visual. Yelah, seperti kita maklum ramai pihak yang telah menganggap pendidikan seni tidak penting. Ada yang kata pendidikan seni ini, kalau saya pun tak menguasai, jadi anak saya pun tidak boleh menguasainya. 


Ish! jangan beranggap seperti itu!


Semua mata pelajaran penting sangat penting termasuk juga dengan Pendidikan Seni Visual. Kalau semua hendak tahu, PSV ini sangat penting untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak secara semula jadi amat menyukai seni. Contohnya, melukis, menari, berlakon. Jadi ianya menjadi satu keistimewaan dalam diri kanak-kanak tersebut. 


Kalau otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan otak kanan pula adalah untuk mengasah intuisi emosi dan kreativiti. Jadi Sir Faz ini memang seorang yang sangat menggunakan otak kanan! Hahahaha 😆. Sebenarnya, Pendidikan Seni ini banyak memberikan manfaat kepada setiap individu. 


Eh bagaimana pula ya? 


Baiklah, Pendidikan Seni ini sebenarnya telah memberikan peluang kepada individu untuk memupuk minat mereka, memperkembangkan keperibadian mereka, memberikan kesedaran dan serta kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta berkaitan dengan mata pelajaran yang lain. Jadi murid sekolah rendah, mereka memang berada di fasa kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual ini turut memberikan perkembangan terhadap sifat mereka melalui persepsi visual, imiginasi dan daya pemikiran. Dengan cara ini mereka sedikit sebanyak dapat menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemahiran yang diluar bilik darjah. Bagi saya seorang guru yang mengajar PSV, dari pengalaman yang saya ada melalui kitaran hidup dan imaginasi yang dapat membantu murid lebih berkeyakinan diri, membuat penilaian sekaligus dapat mengenali citarasa mereka sendiri. 


Ingat! Warna warni corak kehidupan yang sentiasa akan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Indahkan diri anda seperti warna yang indah dan cantik yang berada di sekeliling anda. Jumpa lagi untuk perkongsian yang seterusnya. 😍


Sir Fazrul 

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual & Musik.


ALAMAK!!! 

Sir Faz Lupa nak beritahu yang Pendaftaran Raudhah Islamic School tahun 2022 telah dibuka, apa lagi jom daftar sekarang!!!!

Wednesday, December 9, 2020

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KODALY,DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

 

PENGENALAN

 

Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki merupakan keadah-keadah untuk mempelajari bagaimana untuk mengajar kanak-kanak dengan pedekatan muzik. Keadah Kodaly ia menyediakan satu keadah dengan suasana pembelajaran yang sangat memberangsangkan dan menyeronokan kepada kanak-kanak. Selain itu, keadah Kodaly juga memperkenalkan leterasi muzik kepada kanak-kanak dan seterusnya untuk kanak-kanak dapat menghayati muzik. Keadah ini berasal daripada hungary. Ia juga bermatlamat untuk menjadikan muzik sebagai alat yang dimiliki oleh orang ramai. Kehidupan seorang manusia juga menjadi sempurna dan mampu diperkembangkan dengan potensi seseorang dari segi emosi, intelek dan rohani. Bagi keadah yang kedua iaitu keadah Dalcroze, ia merupakan satu keadah dimana ia merupakan satu jenis latihan untuk dilatih kemahiran irama dan tone. Terdapat empat element yang ada didalam keadah dalcroze iaitu eurthythmic, element solfa, dan element improvisasi. Ia juga amat menekankan pergerakan didalam pembelajaran. Seterusnya beralih kepada keadah Orff. Ia dilaksanakan oleh Carl Orff dan ia menekankan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai pendekatan yang sama dengan dalcroze tetapi banyak menekankan penggunaan alat perkusi didalam pembelajaran muzik. Keadah Orff juga berkonsepkan elemental muzik dan mempunyai tiga element iaitu element muzik, element pergerakan dan element speech. Seterusnya, keadah yang terakhir iaitu teknik Suzuki. Suzuki berasal daripada Dr. Shinichi Suzuki (1898-1998) dari jepun. Ia mengajar kanak-kanak dengan mengunakan teknik permainan violin. Selain itu, teknik ini tidak direka untuk pembelajaran disekolah. Persekitaran adalah peranan yang amat penting dalam pembelajaran seseorang terhadap muzik. Setiap keadah yang disampaikan terdapat persamaan dan perbezaan didalam setiap pembelajaraan.

PERBEZAAN DIANTARA KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Di dalam setiap keadah atau teknik Kodaly, Dalcroze, Orff dan Suzuki, terdapat perbezaan di setiap teknik dan keadah-keadah semasa pembelajaran. Didalam keadah ataupun teknik Kodaly, ia banyak menggunakan bahasa ibunda. Ia juga menggunakan lagu rakyat sewaktu pembelajaran atau semasa pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, teknik Kodaly juga menggunakan keadah solfa dan ia berpusatkan kepada murid sewaktu pembelajaran. Di dalam teknik Kodaly juga ia mengajar tentang nyanyian kepada kanak-kanak. Sewaktu pembelajaran juga menggunakan literasi muzik terhadap kanak-kanak. Ia juga mengajar kanak-kanak cara menulis, membaca dan berfikir dan melakukan analisispersembahan yang telah diajarkan. Keadah Kodaly menegaskan bahawa suara sebagai alat muzik untuk kanak-kanak dan ia merupakan satu alat yang amat penting.

Melalui keadah dalcroze pula, ia merupakan satu pergerakan terhadap muzik yang dipersembahkan. Ia juga melatih kemahiran terhadap irama dan tone. Selain itu ia juga mengajar cara pendengaran dan mempelajari pitch dan tone. Ia juga berlaku secara spontan dan pergerakan ia melibatkan pergerakan ataupun erti kata lain pergerakan melalui pendengaran.ia juga memberikan kanak-kanak bergerak secara bebas sewaktu proses pembelajaran. Terdapat juga konsep dinamik dan tempo sewaktu proses pembelajaran yang diajarkan kepada kanak-kanak.  

Untuk pendekatan Orff terhadap cara pembelajaran terhadap kanak-kanak melalui pendekatan muzik dan pergerakan dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai tiga element yang menekankan konsep pembelajaran didalam kelas iaitu muzik, gerakan dan speech. Teknik Orff dikatakan mempunyai pendekatan dengan Suzuki dan nayanyian dan permainan alat muzik ditekankan dari peringkat awal lagi. Speech merupakan element yang utama dan merupakan aspek perkembangan yang mengikut urutan. Teknik solfa ialah konsep nyanyian yang sama dan diperkenalkan dengan konsep Kodaly. Selain itu, konsep Orff menggunakan pergerakan yang merupakan elemat yang terakhir didalam muzik dan ia menglengkapkan konsep tersebut. Teknik Orff ini diaplikasikan didalam bilik darjah. Konsep Orff juga merupakan satu elemental dan ia menggunakan lagu rakyat didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan improvisasi dan kreativiti dan memberikan peluang untuk menerokai bunyi sebutan, melodi dan juga alat perkusi.

Untuk konsep yang terakhir iaitu ialah keadah Suzuki. Ia menggunakan teknik permainan violin dan ia tidak direka untuk mengajar muzik di sekolah dan merupakan satu keadah yang tidak menekan kanak-kanak di sekolah. Faktor persekitaran juga memaminkan peranan yang penting dialam pembelajaran kanak-kanak terhadap muzik. Ia juga memperkenalkan mother tongue. Ia juga berupaya mempelajari dielek di peringkat 5-6 tahun. Ia juga mengemukan konsep pengukuhkan. Teknik Suzuki juga memulakan pembelajaran muzik awal dan bermula 6 tahun lagi. Cara teknik dalam teknik Suzuki adalah mempelajari dan menghafal melodi tersebut. Selalin itu terdapat juga teknik ulangan yang mengulangi muzik agar kanak-kanak merasai muzik atau melodi. Terdapat juga teknik hafalan yang digunakan untuk memastikan kanak-kanak menghafal muzik atau melodi. Alat muzik selalunya adalah alat yang digunakan untuk proses pembelajaran dan ia digunakan untuk latihan pendengaran.bermain alat muzik jugak memberi ruang terhadap mata dalam proses menghafal sewaktu menggunakan alat muzik. Selain itu, one point teaching juga memberikan focus terhadap satu teknik sahaja disetiap kali pembelajaran dan dipecahkan kepada setiap unit. Kelas boleh diajarkan melalui individu mahupun berkumpulan.ia juga di ajar secara berperingkat-peringkat. Didalam keadah ini juga mengatakan bahawa tiada batasan waktu dan tiada erti gagal. Ia juga mengunakan bahas ibunda didalam proses pembelajaran. Ia juga menggunakan konsep talent dan education. Latihan secara berterusan juga merupakan satu keadah didalam pembelajaran Suzuki.

PERSAMAAN DIANATAR KONSEP KODALY, DALCROZE, ORFF DAN SUZUKI

Terdapat pelbagai persamaan yang terdapat didalam keadah keadah pembelajaran muzik terhadap kanak-kanak. Didalam pembelajaran Kodaly, Dalcroze dan Suzuki, bahasa ibunda merupakan persamaan sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan. Terdapat juga persamaan di antara keadah Kodaly dan Orff dimana lagu rakyat sebagai lagu pembelajaran kanak-kanak didalam kelas. Teknik solfa juga merupakan persamaan didalam keadah Kodaly, Orff dan Suzuki. Selain itu, teknik improvisasi juga boleh dilihat sama sewaktu mengajar kanak-kanak didalam bilik darjah dan keadah dalcroze dan Orff adalah sama. Pergerakan yang diajar sewaktu proses pembelajaran yang dijalankan boleh dilihat sama sewaktu didalam kelas dan ia menunjukkan konsep Dalcroze dan Suzuki memiliki persamaan ini. Alatan muzik yang menggunakan tali hanya boleh dilihat didalam konsep Dalcroze dan Suzuki sahaja dan ia tidak sama seperti kolady dan Orff dan anggota badan merupakan konsep ataupun teknik yang boleh dilihat sama dengan konsep Kodaly dan Orff. Persamaan ini menunujukan bahawa setiap konsep ataupun keadah boleh digunakan didalam sesi pembelajaran dan mampu membuat kanak-kanak berasa selesa dengan proses yang telah diajar oleh setiap guru.

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Setiap proses pembelajaran perlu dibuat oleh setiap guru dan ia boleh mengunakan konsep atau teknik-teknik Kodaly, dalcroze, Orff dan Suzuki mengikut kemampuan dan pihak guru sendiri. Perbezaan dan persamaan yang ada di setiap teknik yang disampaikan mampu memberikan sesuatu impak yang besar terhadap kanak-kanak semasa didalam proses pembelajarannya. Kanak-kanak memerlukan satu aktiviti dan cara yang mampu memberikan kanak-kanak gembira sewaktu didalam kelas dan mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu proses pembelajaran. Bagi pendapat saya, saya suka menggunakan teknik yang melibatkan keseluruhan seperti muzik yang melibatkan pergerakan dan penggunaan alat muzik didalam pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUMBER RUJUKAN

Helen Ten Hong Beng.  (1993). Dimensi Baru Lagu-lagu Rakyat Untuk Awal Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Harris P. & Crozier R.  (2000).  The music teacher’s companion: A pratical guide. UK: The Associated Board of the Royal School of Music.

ISU-ISU DALAM KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DIKALANGAN PELAJAR DI IPTA

 

1.0 PENGENALAN

 

Komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar IPTA merupakan masalah besar yang sedang dihadapi oleh kerajaan sekarang. Pelajar-pelajar mempunyai masalah terhadap cara berkomunikasi dan interaksi didalam bahasa asing terutamanya bahasa inggeris. Istilah komunikasi atau dalam bahasa Inggris communication berasal dari kata latin communicatio, dan bersumber dari kata communis yang artinya membuat kebersamaan atau membangun kebersamaan antara dua orang atau lebih. Dalam definisinya secara khusus mengenai komunikasi itu sendiri menurut Hovland adalah “proses mengubah perilaku orang lain” (communication is the process to modify the behaviour of other individuals). (Definisi Komunikasi Teori, Fungsi, Model). Para pelajar mahasiwa masih lagi mempunyai masalah ini walaupun pihak university telah memberikan satu keadah iaitu mempelajari bahasa inggeris didalam pembelajaran. Interaksi juga memainkan peranan penting didalam perhubungan para pelajar. Terdapat juga isu-isu yang berkaitan dengan masalah komunikasi didalam kalangan pelajar dan akan memperbincangkan bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

1.1  DEFINISI KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

Komunikasi merupakan kata nama yang berasal dari bahasa inggeris yang sinonim dengan perhubungan, perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan dan kenyataan. Sumber daripada kamus dewan. Menurut saya, komunikasi adalah cara untuk bercakap dengan seseorang individu atau lebih. Selain itu, komunikasi juga melibatkan bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita atau ucapan. Interaksi pula membawa maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul merujuk kepada kamus dewan edisi keempat. Bagimanpun merujuk kepada kamus pelajar edisi kedua, interaksi membawa maksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kepada yang hadir untuk serta bertukar-tukar fikiran.

 

 

 

 

1.2  ISU –ISU DALAM KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DI KALANGAN PELAJAR

 

Komunikasi akan menjadi sesuatu isu apabila pelajar IPTA masih lagi enggan menggunakan bahasa kedua didalam kehidupan seharian kerana masih lagi takut dan risau apabila menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa rasmi semasa berkerja ataupun belajar. Isu-isu yang seperti ini memberikan impak yang sangat besar kerana ia menyebabkan pelajar susah dapat jkerja ataupun peluang perkerjaan apabila tidak menepati kehendak syarikat. Isu –isu tersebut ialah malas menguasai bahasa kedua iaitu bahasa inggeris, malu apabila melakukan kesalahan semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar lain, kurang keyakinan diri.

 

1.2.1        MALAS MENGUASAI BAHASA KEDUA

Perkara ini sering berlaku kepada pelajar IPTA apabila malas menguasai bahasa kedua iaitu bahasa inggeris kerana ia merupakan satu bahasa yang susah untuk difahami dan sentiasa memeningkan kepada bagi pelajar IPTA. Terdapat berberapa IPTA atau IPTS mengunakan bahasa kedua sebagai bahasa penghantar bagi memudahkan para pelajar mempelajari bahas tersebut dan menguasainya bagi memastikan pelajar IPTA mampu bercakap atau berkomunikasi serta berinteraksi didalam bahasa inggeris. Ini sentiasa berlaku kepada pelajar IPTA kerana ia memikirkan bahasa inggeris ini adalah payah dan susah untuk difahamkan tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada pelajar demi masa depan. Di Malaysia, majoriti sektor perkerjaan dikuasai oleh syarikat yang mahir dalam berbahasa inggeris. Majoriti, pelajar ditemuduga oleh pihak syarikat idak mampu berkomunikasi didalam bahasa inggeris. Interaksi diantara pelajar dengan pihak temuduga adalah satu faktor yang menyebabkan pelajar IPTA menggangur kerana tidak dapat perkerjaan yang diingini. Komunikasi pelajar menjadi tidak menentu apabila pelajar sendiri tidak pandai menguasai bahasa itu sendiri.

 

1.2.2        MALU APABILA MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA BERKOMUNIKASI

Pelajar IPTA selalunya memikirkan pendapat orang apabila mendengar ungkapan semasa kita berkomunikasi secara umum. Ini mnyebabkan salah satu isu kenapa pelajar IPTA mengalami masalah tentang Komunikasi dan interaksi dengan orang lain. Pekara ini sering berlaku dikalangan IPTA, sedangkan pekara ini dianggap normal. Isu ini sering diperkatakan kerana dianggap satu bebanan kerana sukar untuk berkomunikasi. Lagipun pelajar IPTA banyak menggunakan bahasa Malaysia Sebagai bahasa pengantaraan kerana mudah dan senang difahami. Sekurang- kurangnya pelajar tidak berasa malu apabila berkomunikasi dengan pelajar lain. Ini selalu berlaku bila pelajar berkomunikasi dengan pelajar luar Negara. Pelajar kadang-kadang jarang berinteraksi dengan pelajar asing kerana perlu berbahasa inggeris dan ini juga menyebabkan pelajar hilang keyakinan diri semasa berkomunikasi. Selain itu, pelajar juga kena sentiasa menghadapi cabaran untuk berkomunikasi kerana university sekarang telalu banyak memasukkan pelajar luar Negara dan pelajar –pelajar tersebut akan berkomunikasi dengan pelajar tempatan.

 

1.2.3        KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri pelajar sendiri menjadi isu apabila tidak mampu menjawab soalan didalam bahasa asing mahupun bahasa sendiri apabila menjawab soalan ataupun perbincangan. Masalah ini sentiasa berlaku terhadap pelajar IPTA kerana nafas gemuruh apabila berada dihadapan orang ramai. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Keyakinan diri teletak diatas kemampuan pelajar sendiri kerana ia mampu membuktikan cara kita berkomunikasi dan interaksi secara berhadapan orang berbeza dengan percakapan harian kita. Untuk mendapatkan keyakinan diri semasa berkomunikasi pelajar haruslah sentiasa berhadapan dengan orang ramai bagi menghilangkan perasaan malu dan sentiasa bercakap dengan orang ramai walaupun berkomunikasi ptentang topik yang tidak berkaitan. Bagaimanapun, komunikasi dan interaksi pelajar mampu dibuktikan dengan Keyakinan diri yang ada pada setiap diri pelajar tersebut.

1.3  CARA MENGATASI ISU-ISU KOMUNIKASI DAN INTERAKSI PELAJAR IPTA

Terdapat pelbagai cara untuk kita memperbaiki cara komunikasi dan interaksi pelajar dengan melalui kemahiran keyakinan diri. Terdapat tiga cara iaitu melalui cara pembentangan, cara berkumpulan dan aktiviti pengurusan dapat menaikkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan interaksi yang baik.

1.3.1        KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PEMBENTANGAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kemahiran pelajar dalam aktiviti pembentangan adalah amat sederhana. Kemahiran pembentangan memainkan peranan yang amat penting didalam komunikasi. Menurut Dr. Mohd Fadzilah dan Ahmad Naim (2006), kepetahan bercakap itu adalah satu bakat dan anugerah yang tersendiri tetapi ia adalah sesuatu kemahiran yang perlu dipelajari. Oleh sebab demikian, kesedaran pelajar IPTA sendiri mengenai kepentingan kemahiran berkomunikasi perlu ditingkatkan supaya pembentangan akan menjadi satu faktor utama pembelajaran yang efektif bagi meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi dan interaksi yang efektif. Kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling hebat dan berharga kerana kebolehan ini membolehkan pelajar berhubung diantara satu sama lain. Pelajar perlulah mengunakan aktiviti pembentangan ini sebagai landasan berharga bagi memupuk kemahiran komunikasi yang berkeyakinan. Ini mampu digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki lagi kemahiran komunikasi dalam pembentangan mereka dan pelajar tidak perlu ada sikap yang sambil lewa ketika melakukan pembentangan. Pada dasarnya, apabila seseorang itu berhujah atau berkomunikasi disebabkan hendak mengpengaruhi sikap pemikiran dan tingkah laku pelajar semasa mendengar ucapan. Jadi komunikasi memerlukan stategi dan cara – cara yang sangat berbeza supaya objektif akan tercapai. Pelajar perlu membuat persedian dan mengamalkan etika dan adab komunikasi bagi meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik. Aktiviti pembentangan merupakan aktiviti pembelajaran yang bersifat formal di universiti. Adakalanya, pelajar akan berasa gugup semasa berada dihadapan pelajar lain semasa melakukan pembentangan. Selain itu, perasaan gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu komunikasi itu tidak dapat disampaikan dengan lancar.

 

1.3.2        KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

 

Para pelajar mempunyai kemahiran komunikasi dalam aktiviti berkumpualn yang baik berdasarkan maklumat-maklumat positif yang diperolehi dalam diri pelajar. Aktiviti ini memerlukan pelajar berkerjasama bagi mencapai tujuan tertentu. Sekumpulan individu yang saling berkomunikasi dianatara ahli kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesedian pelajar dalam mengambil tindakan awal untuk memulakan perbincangan dan melakukan perbincangan berada di tahap yang sangat bagus. Ini membuktikan bahawa pelajar mampu untuk memulakan komunikasi dan terus berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain kerana untuk menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan.proses ini sering berlaku dalam kumpulan. Dalam menyertai atau mengendalikan sesuatu aktiviti berkumpulan, salah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran interaksi apabila sedang berkomunikasi dengan orang lain. Ertinya mereka tidaklah bercakap mengikut kehendak mereka sahaja, iaitu asalkan pihaknya berasa puas hati tanpa mengambil kira sama ada pihak yang lain berpuas dalam interaksi yang telah berlaku. Disebabkan itu, adakah pelajar dapat mengambil atau mengunakan cara berinteraksi yang baik ketika berkomunikasi dengan mengajukan soalan. Aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi berdasarkan pemikiran pelajar. Kemahiran berkomunikasi yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri pelajar melalui kegiatan yang telah disertainya. Pertukaran idea dan maklumat juga mampu membentuk komunikasi yan g baik secara tidak langsung dalam aktiviti yang telah disertai.

 

 

1.3.3        KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PENGURUSAN DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR IPTA.

Kemahiran komunikasi dalam aktiviti pengurusan Berjaya membuktikan bahawa kemahiran komunikasi ini berada di tahap yang baik. Penganjuran dan pengurusan aktiviti yang Berjaya akan dapat mengharumkan nama kolej sekaligus mendatangkan manfaat kepada semua warga universiti. Para pelajar akan bersedia untuk berunding sesame mereka bagi mendapatkan maklumat daripada pelbagai piahak bagi mendapatkan keadah yang terbaik dalam menganjurkan aktiviti samada pertandingan, seminar, bengkel dan lain-lain. Ini juga dapat membuktikan bahawa kemahiran komunikasi yng baik wujud apabila pelajar-pelajar dapat mengemukakan cadangan yang bagus untuk menjayakan program yang bakal dianjurkan. Kemahiran berkomunikasi dalam aktiviti pengurusan memerlukan pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajr lain bagi mengalakkan pelajar lain untuk menyertai program yang dijalankan. Kemahiran komunikasi ini memerlukan pelajar untuk menyampaikan maklumat. Secara amnya, pelajar mampu berkomunikasi diantara satu sama lain bila melakukan aktiviti pengurusan ini.

 

 

1.4  RUMUSAN

Rumusan yang dapat diberikan adalah isu-isu komunikasi dan interaksi pelajar IPTA boleh diperbaiki lagi untuk mencapai tahap yang lebih baik. Setiap keadah dn aktiviti kemahiran yang telah diberikan dan dipertengahkan. Setiap pelajar perlulah sentiasa yakin dengan apa yang bakal di hadapi semasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Maka, perlu diingatkan bahawa komunikasi dan interaksi boleh berjalan dengan lancar apabila keyakinan pelajar tersebut dan sentiasa berfikiran positif dengan apa yang telah diucapkan dengan berhati-hati. Bak kata perpatah “ telajar perahu boleh diundur tetapi terlajak kata tidak boleh diundur”.

 

 

 

 

 

 

 

SUMBER RUJUKAN

Ab. Aziz Yusuf (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Abd. Rahman Abdul Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Pahang.

Tuesday, June 30, 2020

HILANG SEPI

awan yang gelap tanpa arah,
tujuannya seakan keliru, kemana arah tujuan,
bagai menutup langit dengan angin yang berkisar.

hati yang mula kosong, seakan merenung jendela,
kelam bicara bisu kata, tangan yang mendonggak dagu,
membuatkan air mata jatuh mengalir deras ke pipi ini,
seperti hati yang hilang sepi.

hilang sepi ini,
membuatkan bahagia yang tidak pasti bila,
menyusur titian untuk diri meyeberangi,
tapi ianya runtuh tenggelami.

hilang sepi tanpa ganti,
buat diri ini sendiri menanti hari,
tunggu dan tunggu, sehingga hati ini patah,
sakit yang amat seperti duri yang tajam menikam hati.

bila.. bila semua ini akan berakhir,
hilang yang mungkin akan kembali,
menunggu saat tiba,
kebahagian yang menanti.



Hilang Sepi - 2020



Sunday, May 10, 2015

Teori Erikson dlm Skrip Kucindan Si Pengali Kubur

Teori Perkembangan Erikson Dalam Skrip Bicarawara Kucindan Pengali Kubur

Perkembangan tidak terbatas pada pengertian pertumbuhan yang semakin membesar, melainkan di dalamnya juga terkandung serangkaian perubahan yang berlangsung secara terus menerus dan bersifat tetap dari fungsi-fungsi jasmaniah dan rohaniah yang dimiliki individu menuju tahap kematangan melalui pertumbuhan, pematangan dan belajar.
Perkembangan menghasilkan bentuk-bentuk dan cirri-ciri kemampuan baru yang berlangsung dari tahap aktivitas yang sederhana ke tahap yang lebih tinggi. Perkembangan itu bergerak secara bengangsur-angsur tetapi pasti, melalui suatu bentuk/tahap ke bentuk/tahap berikutnya, yang kian hari kian bertambah maju, mulai dari masa pembuahan dan berakhir dengan kematian
Hal ini menunjukkan bahwa sejak masa konsepsi sampai meninggal dunia, individu tidak penah statis, melainkan senantiasa mengalami perubahan-perubahan yang bersifat progresif dan berkesinambungan. Selama masa kanak-kanak hingga remaja misalnya, ia mengalami perkembangan dalam struktur fisik dan mental, jasmani dan rohani sebagai cirri-ciri dalam memasuki jenjang kedewasaan.
u  Perkembangan psikologi manusia yang dipengaruhi oleh interaksinya dengan persekitaran.
u  Perkembangan psikososial adalah bagaimana perkembangan fikiran, emosi dan kematangan. Ia bergantung kepada proses biologi dan persekitaran.



Perkembangan yang ada dalam skrip bicarawara kuncindan Pengali Kubur
SINOPSIS
Puteqpoyo seorang ahli korporat, anak jutawan pewaris empayar. Kerana tidak amanah dengan akaun syarikat, puteqpoyo dikerah bapaknya mengorek kubur sebagai dendauntuk menebus kesalahannya semoga terlahir perasaan rasa bersalah. Puteqpoyo telah bertembung dengan zaleha, seorang pengorek kubur yang mengali kubur mayat anak anak dara yang dibunuh pada malam jumaat untuk dibakar bagi menjadikan minyak dagu, produk utama perniagaan zaleha. Akibat tamak, mereka mula berkerjasama. Puteqpoyo menyediakan maklumat mana perepuan yang masih suci bagi dibunih dan kubur mana lagi perlu digali. Selama enam bulan berlalu perniagaan mereka bertambah maju. Puteqpoyo ada idea baru untuk peniagaan iaitu anak teruna mati dibunuhpada malam jumaat, anunya dibakar untuk dijadikan minyak perangsang. Zaleha setuju dan teruja dengan cadangan itu. Mayat mayat yang dikorek menunjukkan kesemuanya adalah bapak teruna dan mereka memandang hitam keroncong. Hitam keroncong adalah teruna yang ada dikampung itu sedangakan hitam keroncong pengikut setia zaleha dari mula lagi. Jadi lelaki soleh telah menyelamatkan hitam keroncong.

Sebab belakunya cerita ini adalah cerita ini dicipta untuk berdakwah bagi mengingatkan bahawa manusia tentang perkara yang salah dalam mengunakan lakonan cara yang salah. Hal ini juga membuatkan penonton yang menonton cerita ini rasa bersalah terhadap cerita yang dibawakan.
Tahap perkembangan (12-20 tahun) remaja identiti vs kekeliruan identiti paling banyak terdapat didalam skrip ini. Remaja pada tahap ini sama ada remaja awal atau remaja akhir akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri kerana remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa selamat. Sebaliknya remaja yang gagal alan memperkembangkan rasa kekeliruan dalam peranan hidupnya yang tidak bermatlamat, terhubung dengan rasa bersalah atau tersisih dan sukar membuat keputusan. Sesetangah remaja yang Berjaya mencari identit dalam perkerjaan, peranan, jantina, politik dan agama. Merka boleh bertindak sendiri dengan memikirkan kehadapan tentang masa depan walaupun menimpa musibah atau masalah. Contoh Perkembangan boleh dilihat didalam watak didalam skrip ini ialah dalam watak hitam keroncong. Ia menunjukkan budak belasan yang setia kepada manusia tetapi tidak dibalas dengan kesetiaanya tetapi ia tidak boleh memikirkan tentang kesetiannya kepada tuhan yang akan sentiasa dibalas kesetiaan. Ia menunjukkan bahawa hitam kerocong didalam perkembangan remaja yang kekeliruan identiti. Remaja erikson juga menyebut bahawa remaja ini sebagai tahap kekeliruan normal kerana semakin luasnya pergaulan yang dimilik remaja tersebut mampu merangsangkan pemikirannya kepada remaja yang beridentiti dan akan mucul usaha –usaha yang akan dilakukan badi keluar daripada kelompok sosialnya. Karekteria akan menonjol apabila terbentuknya pada tahap ini adalah setai kawan , bertoleransi dan serta pemberontakan.
Ciri- cirinya kognitif remaja 12-20 tahun :-
       Secara intelektual remaja mulai dapat berfikir logis tentang gagasan abstrak
      Berfungsinya kegiatan kognitif tingkat tinggi yaitu membuat rencana, strategi, membuat keputusan-keputusan, serta memecahkan masalah
      Sudah mampu menggunakan abstraksi-abstraksi, membedakan yang konkrit dengan yang abstrak
      Munculnya kemampuan nalar secara ilmiah, belajar menguji hipotesis
      Memikirkan masa depan, perencanaan, dan mengeksplorasi alternatif untuk mencapainya psikologi remaja
      Mulai menyadari proses berfikir ekfisen dan belajar berinterpreasasi
      Wawasan berfikirnya semakin meluas, meliputi agama, keadilan, moral, dan identiti (jati diri)
      Cuba fahami diri
      Hadapi krisis identiti
      Sensitif kepada perubahan badan dan imej kendiri
      Bentuk konsep kendiri positif dan negatif
      Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat-peringkat dahulu
Terdapat perkembangan emosi psikologi remaja pada 12-20 tahun iaitu :-
      menunjukkan sifat sensitif, reaktif yang kuat, emosinya bersifat negatif dan temperamental (mudah tersinggung, marah, sedih, dan murung).
      Agresif : melawan, keras kepala, berkelahi, suka menggangu dan lain-lainnya
      Lari dari kenyataan (regresif) : suka melamun, pendiam, senang menyendiri, ketagihan ubat penenang, minuman keras, atau ubat terlarang.
Sedangkan remaja yang tinggal di lingkungan yang kondusif dan harmonis dapat membantu kematangan emosi remaja menjadi :-
      Adekuasi (ketepatan) emosi : cinta, kasih sayang, simpati, altruis (senang menolong), respek (sikap hormat dan menghormati orang lain), ramah, dan lain-lainnya
      Mengendalikan emosi : tidak mudah tersinggung, tidak agresif, wajar, optimistik, tidak meledak-ledak, menghadapi kegagalan secara sehat dan bijak
      Mula mempunyai pegangan yg kukuh kpd agama.
      Percaya kewujudan Tuhan, dosa, pahala dan haripembalasan.
      Mula mempersoalkan aspek kerohanian secara logik.
      Mula memikirkan Tuhan & sifat Ketuhanan secara abstrak.
      Kekadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkara yang berkaitan dgn kerohanian.
Contoh pada watak hitam kancong yang dapat dilihat dalam perkembangan remaja 12-20 tahun didalam skrip bicarawara Kucindan Pengali Kubur iaitu :-
      Pada lingkungan usia ini (12-20) hitam kancong menunjukkan sikap setia kawan. “ aku ini setia pada engkau Madam Zaleha. Tidak akan berani aku mengkhianiti engkau” (m/s 146)
      Pada usia ini juga kita dapat lihat sikap suka akan memberontak oleh watak hitam kancong. “ kita mesti kalahkan mereka Madam Zaleha mereka itu mahu menghukum kita. Kata mereka kita ini zalim kerana memperlaku mayat sedemikian rupa”.
      Pada usia ini keliruan identiti juga ada pada watak hitam kancong. Kekeliruan untuk memilih sesuatu kepercayaan. “ dosa apa paling besar paling dahsyat Madam Zaleha? (m/s 151)

Perkembangan Dewasa Awal 21-40 Tahun
Dewasa awal adalah peralihan dari masa remaja. Masa remaja yang ditandai dengan pencarian identitas diri, pada masa awal dewasa, identitas diri ini didapat secara sedikit-demi sedikit sesui dengan umur kronologis dan mental age-nya. Berbagai masalah juga muncul dengan bertambahnya umur pada masa dewasa awal, dewasa awal adalah masa peralihan dari ketergntungan kemasa mandiri, baik dari segi ekonomi, kebebasan menentukan diri sendiri dan pandangan tentang masa depan sudah realistis. Erickson( dalam Monkas, Knoers & Haditono 2001) mengatakan bahwa seseorang yang digolonkan dalam usia dewasa awal berada dalam tahap hubungan hangat, dekat dan komunikatif dengan atau melibatkan kontak seksual. Bili gagal dalam bentuk keintiman maka ia akan mengalami apa yang disebut isolasi ( merasa tersisihkan dari orang lain, kesepian, menyalahkan diri karena berbeda dengan orang lain). Hurlock (1990) mengatakan bahwa dewasa awal dimulai pada umur 18 tahun sampai kira-kira 40 tahun, saat perubahan fisik dan psikologis yang menyertai berkurangnya kemampuan reproduksi. Pada penelitain menyebutkan bahwa salah satu tugas perkembangan pada masa dewasa awal (18-40 tahun)  adalah mencari pasangan hidup (havighust dalam moks, 2001: 290), yang selanjutnya akan diteruskan pada proses pembentukan dan membina keluarga . pada akhir usia 20 tahun pemlihan struktur hidup menjadi semakin penting. Pada usia antara 28-38 tahun pemilihan struktur kehidupan ini menjadi lebih tetap dan stabil. Dalam fase-fase kemantapan ( 33-40 tahun ) orang dengan kemantangannya mampu menemukan tempatnya masyarakat dan berusaha untuk memajukan karier sebaik-baiknya. Pekerjaan dan kehidupan keluarga memmbentuk struktur peran yang memunculan aspek-aspek keperibadian yang diperlukan dalam aspek tersebut (Levision dalam monks, 2001: 296) lebih lengkapnya lagi mengenai  batasan masa dewasa awal akan di uraikan pad bagian ini . Secara hukum seseorang dikatakan dewasabila dia sudah menginjak usia 21 tahun  (meski belum menikah) atau sudah menikah (meskipun belum berusia 21 tahun ). Di indonesia batas kedewasan adalah 21 tahun. Hal ini berarti  bahwa usia seseorang sudah dianggap dewasa  dan selanjutnya sudah dianggap sudah mempunyai tanggung jawab perbutan-perbuatanya. (Monks, 2001 : 291) dikatakan oleh Hurlock ( 1990) bahwa seseoang dikatakan dewasa bila telah memiliki kekuatan tubuh secara maksimal, siap berproduksi, dan telah diharapkan telah memiliki kesiapan kognitip, afektif, dan psikomotor, serta dapat diharapkan memainkan peranya bersama dengan individu-individu lain dalam masyarakat.
Perkembangan Kognitif Dewasa Awal 21-40 tahun iaitu keintiman dan isolasi menunjukkan perkembangan remaja yang mula jauh kearah hidup berkeluarga dan ingin melakukan keintiman. Ciri- cirinya dan perkembangan kognitif Dewasa Awal 21-40 tahun
keintiman dan isolosi iaitu :-
      Perubahan lebih tampah dan personalti terus berubah mengikut umurnya. Sewaktu perubahan ini berlaku, dewasa awal mampu mengekalkan perubahannya bagi memastikan ia terus berubah kepada tahap dewasa yang matang.
      Ciri-ciri dewasa awal :-
      Masa dewasa sebagai Pengaturan masa (perilaku, sikap dan nilai-nilai)
      Masa dewasa sebagai usia yang produktif (pasangan hidup, perkahwinan, dan menginginkan anak)
      Masa dewasa sebagai masa bermasalah (masalah keluarga, hidup, kewangan)
      Masa dewasa sebagai masa yang mengatasi masalah ketegangan emosional ( resah, memberontak, stress, khuatir dengan kehidupan)
      Masa yang mengasingkan social (tekanan, perkerjaan, buntu, risau, )
      Masa yang banyak kepada komitmen (komitmen, tanggungjawab, perhiatin, amanah)
      Masa yang mengubah nilai ( pengalaman, hubungan social,keyakinan)
      Penyesuaian diri dengan pengedaran masa dan cara hidup baru (peranan, tanggungjawab, sikap, tidak mudah marah)
      Masa yang kretif ( minat, potensi, kreativiti, kesempatan)
      Mencari dan Menemukan Calon Pasangan Hidup   
      Membina Kehidupan Rumah Tangga
      orang yang ingin hidup tenang, damai, dan bahagia
      Minat Pribadi : meliputi penampilan, pakaian & perhiasan, status, symbol kedewasaan, uang dan agama.
      Minat Rekreasional (berupa berbincang-bincang, bertamasya, berolahraga, hiburan, atau sekedar menyalurkan hobi)
      Minat Sosial
      Menerima kebenaran agama berdasarkan pertimbangan pemikiran yang matang, bukan sekedar ikut-ikutan.
      Cenderung bersifat reality
      Bersikap positif terhadap ajaran dan norma-norma agama
      Tingkat ketaatan beragama
      Bersikap lebih terbuaka dan wawasan yang lebih luas.
      Bersikap lebih kritis
      Terlihat adanya hubungan antar sikap keberagamaan dengan kehidupan social

Contoh perkembangan watak pada 21-40 tahun dalam skrip bicarawara kucindan pengali kubur iaitu puteqpoyo:-
      Aku anak orang kaya. Kerana aku kaya, ramai perempuan nak kan aku. Antaranya terselitlah dua tiga anak anak dara
      Anjing aku ini, hanya duit boleh mengikat aku
      Akulah raja! Raja segala setan! Aku mahu semuanya! Kuasa, kedudukan, tanah, perempuan, semuanya milik aku! Takde siapa boleh lebih dari aku! Aku pasti dengki! Aku pasti akan khianat! Aku akan pastikan aku dapat segalanya! Aku akan rampas semuanya!
Perkembangan Dewasa
Saat telah menginjak usia dewasa terlihat adanya kematangan jiwa mereka, menggambarkan bahawa di usia dewasa orang sudah memiliki tanggungjawab serta sudah menyadari makna hidup. Dengan kata lain, orang dewasa nilai-nilai yang dipilihnya dan berusaha untuk mempertahankan nilai-nilai yang dipilihnya. Masa dewasa(middle adulthood)Masa dewasa ini berlangsung dari umur empat puluh sampai enam puluh tahun. Ciri-ciri yang menyangkut pribadi dan sosial antara lain. Masa dewasa merupakan masa transisi, dimana lelaki dan wanita meninggalkan ciri-ciri jasmani dan prilaku masa dewasanya dan memasuki suatu tahap dalam kehidupan dengan ciri-ciri jasmani dan prilaku yang baru.Perhatian terhadap agama lebih besar dibandingkan dengan masa sebelumnya, dan kadang-kadang minat dan perhatiannya terhadap agama ini dilandasi kerunsingan pribadi dan social. Ciri-ciri dan perkembangan kognitif pada dewasa 41-65 tahun iaitu perduli atau tidak perduli. Ia bermaksud golongan tahap ini perduli tentang apa yang berlaku ataupun tidak perduli apa yang belaku. Ia bermaksud ikutsuka terhadap sesuatu perkara yang berlaku sekiranya ia melibatkan diri ia akan perduli sekiranya tidak ia dibiarkan sahaja.
ciri-ciri dewasa 41-65 tahun :-
      Menghargai orang lain 
      Sabar 
      Penuh daya tahan 
      Sanggup mengambil keputusan 
      Menyenangi pekerjaan 
      Menerima tanggung jawab 
      Percaya pada diri sendiri 
      Memiliki rasa humor 
      Memiliki kepribadian yang utuh 
      Seimbang
Ciri-ciri psikologis orang dewasa menurut Gordon Allport:-
      Adanya usaha pribadi pada salah satu lapangan yang penting dalam kebudayaan seperti pekerjaan, politik, agama, seni dan ilmu pengetahuan
      Kemampuan untuk mengadakan kontak yang hangat dalam hubungan-hubungan yang fungsional dan tidak fungsional
      Adanya suatu stabilitas batin yang fundamental dalam dunia perasaan dan dalam hubungannya dengan penerimaan diri sendiri
      Pengamatan pikiran dan tingkah laku menunjukkan sifat realitas yang jelas, tetapi masih ada relativitasnya
      Dapat melihat diri sendiri seperti adanya dan melihat segi kehidupan yang menyenangkan
      Menemukan suatu bentuk kehidupan yang sesuai dengan gambaran dunia atau filsafat hidup yang dapat merangkum kehidupan menjadi suatu kesatuan
      Period yang ditakuti dilihat dari seluruh kehidupan manusia, orang-orang dewasa tidak akan mengakui bahwa mereka mencapai usia tersebut
      Masa transisi dimana pria dan wanita mennggalkan ciri-ciri jasmani dan perilaku masa dewasanya dan memasuki kehidupan dengan cirri-ciri jasmani dan perilaku yang baru
      Perhatian terhadap agama lebih besar dibandingkan dengan sebelumnya
      Penyesuaian diri terhadap pekerjaan sangat pelik karena dipengaruhi oleh sikap sosial yang tidak menyenangkan, keharusan pensiun, dll.
      Mempersiapkan diri dalam mendekati masa pension
      Dewasa membina hubungan rapat atau merasa terasing.
      Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang.           
Contoh watak yang ada dalam perkembangan 41-65 tahun perduli atau tidak perduli dalam Skrip Bicarawara Kucindan Pengali Kubur iaitu Lelaki Ulama
      Sikap ambil peduli dalam watak ini juga dapat dikaitkan dengan lingkungan usia dewasa. Contohnya, ingin mencegah perbuatan khurafat yang dilakukan oleh Madam Zaleha,hitam kancong dan puteh poyo. “ Madam Zaleha aku dengar cerita lelaki-lelaki pengusung keranda itu akan mula bertindak” (m/s 145)
Setiap perkembangan didalam skrip Bicarawara Kucintan Pengali Kubur merupakan satu tahadap yang dipandang dari sudut Psikologinya yang sangat sesuai dan perkembangan watak yang paling ketara adalah di tahap remaja 12-20 tahun dimana pemikiran mereka sewaktu ini baru memikirkan tentang masa hadapan. Perkembangan pada tahap ini merupakan satu perkara yang dititikberatkan oleh penulis bagi menunjukkan bahawa golangan remaja sewaktu ini masih keliru dengan apa yang mereka ikutkan tanpa bantuan sesiapa. Maka tahap ini menunjukkan bahawa remaja membuat keputusan tentang tindaklaku mereka sewaktu usia ini. Selain itu, tingkah laku usia pada remaja awal dan dewasa juag merupakan satu benda yang harus diperlihatkan tentang pembawakan oleh kedua dua tahap ini yang membawa remaja kea rah sebenarnya dengan pemikiran kedua dua golongan ini. Di dalam skrip ini menunjukkan ketiga tiga perkembangan ini, sesuatu kehidupan ini mengajar sesorang memilih jalan dengan pemikiranan mereka sendiri dan memerlukan bantuan sesame mereka.